HONEY VILLA HOMESTAY MELAKA

HONEY VILLA HOMESTAY MELAKA

Selamat datang ke Melaka dan menginaplah di Honey Villa Homestay Melaka.

Kami menyediakan dua buah homestay sebelah menyebelah di Melaka untuk kemudahan anda menginap sepanjang percutian anda ke negeri ini. Kini anda tak perlu berbelanja besar untuk bercuti ke Melaka. Penginapan di homestay Melaka bukan sahaja lebih murah malah lebih selesa dan bersih seperti berada di rumah anda sendiri. Homestay kami juga hanya menerima pelanggan MUSLIM sahaja.

Anda tak perlu berpayahan mengangkut barang menaiki lif. Anak-anak anda lebih bebas bermain di halaman homestay kami sementara anda berpeluang beramah mesra dengan sanak saudara yang mungkin jarang anda temui.

LOKASI

Homestay kami terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh kira-kira 5km dari Plaza Tol Ayer Keroh menerusi Lebuh Raya PLUS. Hanya 13km ke Pusat Bandaraya Melaka, yang kini terkenal sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Homestay ini terletak di kawasan perumahan bandaran yang selamat dan 98% penghuni adalah Bumiputra.

KEMUDAHAN

Honey Villa Homestay Melaka ini diilhamkan dari sebuah rumah semi D 2 tingkat, yang mempunyai kemudahan seperti berikut :

4 bilik tidur + 1 ruang tidur tambahan ( 2 katil single ) 3 bilik air ( 1 di tingkat bawah, 2 di tingkat atas ) 2 pendingin hawa ( bilik tidur utama dan kedua ) 1 pemanas air (water heater) TV  + ASTRO , WIFI percuma 24 jam Ruang letak kereta berbumbung

Bagi yang memilih untuk menyediakan masakan sendiri, kami menyediakan kemudahan memasak yang ringkas termasuk dapur kering dan basah.

KADAR SEWAAN

Bagi memastikan perbelanjaan untuk penginapan anda berpatutan dan tidak membebankan, kadar sewaan homestay kami adalah seperti berikut :

Weekday : RM200/mlm

Weekend : RM230/mlm

Cuti Umum/Sekolah  : RM250/mlm

TEMPAHAN

Kami memahami keperluan anda yang inginkan urusan penginapan yang ringkas, selesa, mudah dan terjamin. Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :

1. Hubungi Encik Mazlan 012-6522107 untuk membuat menyemak kekosongan dan membuat tempahan.

2. Deposit sebanyak RM50.00 dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau di deposit online ke akaun Bank CIMB/ MAYBANK . No akaun akan dimaklumkan menerusi SMS.

3. Bayaran penuh dijelaskan semasa menerima kunci villa. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Honey Villa Homestay Melaka

Kami berusaha memberikan anda kemudahan yang terbaik. Selamat beristirehat dan semoga keriangan anda di Melaka bermula di sini.

HONEY VILLA HOMESTAY MELAKA

HONEY VILLA HOMESTAY MELAKA

Selamat datang ke Melaka dan menginaplah di Honey Villa Homestay Melaka.

Kami menyediakan dua buah homestay sebelah menyebelah di Melaka untuk kemudahan anda menginap sepanjang percutian anda ke negeri ini. Kini anda tak perlu berbelanja besar untuk bercuti ke Melaka. Penginapan di homestay Melaka bukan sahaja lebih murah malah lebih selesa dan bersih seperti berada di rumah anda sendiri. Homestay kami juga hanya menerima pelanggan MUSLIM sahaja.

Anda tak perlu berpayahan mengangkut barang menaiki lif. Anak-anak anda lebih bebas bermain di halaman homestay kami sementara anda berpeluang beramah mesra dengan sanak saudara yang mungkin jarang anda temui.

LOKASI

Homestay kami terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh kira-kira 5km dari Plaza Tol Ayer Keroh menerusi Lebuh Raya PLUS. Hanya 13km ke Pusat Bandaraya Melaka, yang kini terkenal sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Homestay ini terletak di kawasan perumahan bandaran yang selamat dan 98% penghuni adalah Bumiputra.

KEMUDAHAN

Honey Villa Homestay Melaka ini…

View original post 216 more words

RUANG TAMU

Percutian bukan sahaja melawat dan mengunjungi destinasi-destinasi menarik. Ia juga merupakan peluang untuk bertemu sanak saudara jauh dan dekat dan seterusnya mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Berehat dan bermesralah di ruang tamu homestay kami. Ianya cukup luas, sesuai untuk sanak saudara yang ramai. Nikmatilah kemudahan menonton tv dengan channel Astro Beyond. Selain itu layarilah internet dengan percuma menerusi kemudahan WIFI 24 jam kami. Kami berbangga menjadi homestay pertama di negeri ini yang menyediakan kemudahan WIFI percuma.

Kami berbangga memberikan anda kemudahan terbaik!

RUANG MAKAN

Ruang makan homestay kami agak ringkas. Harapan kami agar ianya dapat memenuhi keperluan anda bercuti. Meja makan kami dilengkapi 6 kerusi rasanya tidaklah terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar. Bersantailah dan nikmatilah makan malam seisi keluarga. Semoga ianya dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan anda.

BILIK TIDUR UTAMA

Setelah seharian bersiar-siar di bandaraya, tentunya anda dambakan satu kerehatan dan tidur yang lena. Berehatlah sepuasnya di bilik tidur utama.Ianya dilengkapi pendingin hawa, kipas syiling dan almari pakaian yang besar. Rasailah kehangatan ketika mandi di bilik air utama yang dilengkapi pemanas air. Tidurlah dengan lena dan rasailah ketenangan malam di homestay kami.

BILIK TIDUR KE 2

Bagi yang berkeluarga, tentunya memilih bilik yang berkatil “queen size”. Bukan itu saja, malah bilik ini dilengkapi pendingin hawa, almari pakaian saiz besar, meja menghias diri dan comforter yang berbau segar. Kalau “si kecil” ingin berkongsi bilik yang sama, kami ada menyediakan tilam tambahan tanpa penambahan kos. Apa lagi yang perlu kami lakukan untuk membuatkan anda selesa?

BILIK TIDUR KE 3

Bilik tidur ke 3 dilengkapi 2 katil single. Terdapat juga sebuah almari pakaian. Bilik ini dilengkapi kipas syiling untuk pengudaraan yang lebih nyaman. Bilik air dan tandas dikongsi bersama dengan bilik ke 2 dan mempunyai pintunya sendiri. Suasana yang tenang di kawasan perumahan ini menemani tidur anda yang lena hingga ke pagi.

BILIK TIDUR KE 4

Bagi yang lebih memilih untuk tidur di tingkat bawah, tedapat sebuah bilik tidur yang dilengkapi dengan 2 katil single. Terdapat juga almari serta cermin untuk menghias diri. Bilik ini dilengkapi kipas syiling untuk udara yang lebih nyaman. Bagi warga emas, bilik ini tentunya menjadi pilihan mereka. Tak perlu naik ke tingkat atas. Sebuah bilik air juga disediakan di tingkat bawah. Setelah sepanjang hari bersiar-siar inilah masanya untuk mereka merehatkan kaki.

RUANG TIDUR TAMBAHAN

Bagi memenuhi keperluan anda untuk berehat, kami telah menyediakan 2 katil single di ruang tamu di tingkat atas. Setiap katil dilengkapi selimut. Terdapat sebuah kipas berdiri bagi menjamin udara yang lebih nyaman. Ruang yang terbuka ini tentunya amat digemari oleh “si bujang” anda.

DAPUR KERING

Kami memahami keperluan anda yang inginkan percutian yang selesa seperti berada di rumah. Dapur kering kami dilengkapi peti sejuk, pinggan mangkuk, cawan dan gelas serta sudu dan garfu. Tak perlu ke kedai untuk menikmati teh atau kopi di tengah malam. Segalanya ada di dapur kami. Periuk nasi elektrik dan cerek elektrik turut disediakan.