Kadar sewaan
Bagi memastikan perbelanjaan untuk penginapan anda berpatutan dan tidak membebankan, kadar sewaan homestay kami adalah seperti berikut :
Hari biasa (Ahad-Khamis) : RM250/malam
Cuti hujung minggu (Jumaat & Sabtu) : RM300/malam
Cuti Kelepasan Am Persekutuan & Melaka : RM300/malam
Apa yang anda perlukan untuk membuat tempahan?
Kami memahami keperluan anda yang inginkan urusan penginapan yang ringkas, selesa, mudah dan terjamin. Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :
1. Hubungi Tok Mie 019-6556019 untuk membuat menyemak kekosongan dan membuat tempahan.
2. Deposit sebanyak RM50.00 dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi Maybank2U.com . No akaun akan dimaklumkan kemudian. Bayaran deposit akan disimpan oleh pihak Pengurusan Honey Villa dan akan dikembalikan selepas check-out.
3. Bayaran penuh dijelaskan semasa menerima kunci villa. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Honey Villa.
Kami amat berbangga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Semoga percutian anda di villa-villa kami akan menjadi satu kenangan manis.
Honey Villa


Salam Puan Suhada,
Harga pakej yang dinyatakan adalah untuk penginapan sahaja. Urusan lawatan dikendalikan oleh pengunjung sendiri namun begitu kami sudi membantu puan dalam urusan tersebut.
Tok Mie
By: Honey Villa on March 18, 2011
at 4:24 am