DAPUR BASAH

Bagi memastikan keselesaan anda menyediakan makanan untuk keluarga, kami menyediakan dapur basah untuk memasak. Ruang memasak yang separa terbuka memastikan pengudaraan yang lebih baik dan bersih. Ruang memasak yang agak selesa, dilengkapi dapur gas dua tungku, peralatan memasak yang ringkas menjadikan kos percutian anda lebih ekonomi.

CADANGAN PELAN PERCUTIAN 3H2M DI MELAKA

HARI PERTAMA ( Jumaat )
2.00 petang : Check in di Honey Villa
2.30 petang : Makan tengahari di Restoran Selera Kampung di Banda Hilir
: Melawat tempat-tempat bersejarah Banda Hilir
: Menaiki Menara Taming Sari
: Membeli-belah di Dataran Pahlawan & Mahkota Parade
7.00 malam : Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Selat Melaka ( Masjid Terapung )
: Makan malam di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai
: Menaiki bot menyusuri Sungai Melaka
12.00 malam : Membeli belah di Uptown MITC
: Kembali ke Honey Villa dan berehat
HARI KEDUA ( Sabtu )
8.30 pagi : Bersarapan pagi di Restoran Naiman/Ikan Bakar Malim/Bumbu Warisan
: Mandi manda di Melaka Wonderland Water Theme Park
: Makan tengahari di Restoran Shubaidah MITC/Restoren Ayoob/RNR Masjid MITC
2.00 petang : Melawat Planetarium
: Membeli-belah di Pasaraya Mydin
: Bermain bowling di Melaka International Bowling Centre
8.00 malam : Makan malam/BBQ di Honey Villa
: Berehat dan tidur
HARI KETIGA ( Ahad )
8.30 pagi : Bersarapan di Restoran Naiman/Ikan Bakar Malim/Bumbu Warisan/Nasi Kukus Ayam Berempah
: Melawat Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia & Taman Mini Asean, Taman Rama-rama, Taman Botanikal, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga
12.00 tghari : Check out

KADAR SEWAAN DAN TEMPAHAN

KADAR SEWAAN
Bagi memastikan perbelanjaan untuk penginapan anda berpatutan dan tidak membebankan, kadar sewaan homestay kami adalah seperti berikut :

Hari biasa (Ahad-Khamis) : RM250/malam
Cuti hujung minggu (Jumaat & Sabtu) : RM300/malam
Cuti Kelepasan Am Persekutuan & Melaka : RM300/malam

TEMPAHAN
Kami memahami keperluan anda yang inginkan urusan penginapan yang ringkas, selesa, mudah dan terjamin. Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :
1. Hubungi Tok Mie 019-6556019 untuk membuat menyemak kekosongan dan membuat tempahan.
2. Deposit sebanyak RM50.00 dikenakan untuk menempah tarikh yang dikehendaki. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi Maybank2U.com . No akaun akan dimaklumkan kemudian.
3. Bayaran penuh dijelaskan semasa menerima kunci villa. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Honey Villa

LOKASI DAN PETA

null